BAHAGIA diterjemahkan dalam pelbagai definisi. Ada yang melihat kebahagiaan itu dalam bentuk kesempurnaan, mempunyai keluarga yang saling sayang menyayangi, mempunyai pasangan yang melengkapi, mempunyai pekerjaan dan harta yang mencukupi.
Namun ada juga yang melihat kebahagiaan itu sebagai kegembiraan seseorang itu melalui hari-hari sendirian. Begitu jugalah dengan lebaran, ada yang mendefinisikan sambutan lebaran itu sempurna dengan kehadiran insan-insan yang disayangi.
Sempurna dalam konteks mempunyai ibu, ayah, suami, isteri, anak dan adik-beradik yang lain-lain. Bagaimanapun setiap orang mempunyai terjemahan yang berbeza. Zass mendekati dua selebriti cantik ini dan mendalami Syawal mereka bersama keluarga.
Nora teruskan tradisi
Biarpun sudah lapan tahun hidup sebagai ibu tunggal, ia tidak sedikit pun menjadi kudis buat aktres cantik, Nora Danish.
Malah lebih manis, Nora masih meneruskan tradisi ziarah-menziarahi, termasuk ke rumah keluarga bekas mertuanya pada pagi hari raya.
"Rayqal merupakan cucu pertama di dalam keluarga tersebut dan mereka mahu Rayqal turut beraya bersama mereka pada pagi raya.
"Amat mustahil untuk saya berpisah dengan anak pada pagi raya. Jadi saya ikut sekali. Sejujurnya saya rasa tidak ada apa-apa yang perlu dijadikan isu kerana hari raya adalah masa untuk kita bermaaf-maafan, saling ziarah-menziarahi," katanya.
Diusik adakah tahun ini merupakan tahun terakhir dia menyambut hari raya sebagai ibu tunggal, Nora hanya tersenyum manis.
"Doakan yang terbaik, saya bayangkan ia akan berlangsung tahun ini memandangkan umur saya pun sudah menginjak ke 34 tahun.
"Tapi tidak akan ada majlis besar-besaran yang akan dilakukan. Tunggulah bila tiba masanya, saya akan beritahu," katanya.
Anak sumber kekuatan Fasha
Bagi pelakon berbakat besar ini pula, dia tidak terlalu memikirkan statusnya biarpun menyambut lebaran sebagai ibu tunggal tahun ini.
Katanya, anak-anak menjadi sumber kekuatan buatnya dalam menempuhi hari-hari yang berlalu.
"Alhamdulillah keadaan pun lebih tenang kini. Apa yang penting, anak-anak bersama saya. Bagaimanapun disebabkan komitmen kerja dan bagi saya rezeki juga untuk anak-anak, saya tidak dapat bercuti lama tahun ini.
"Apa yang boleh saya simpulkan, Syawal tahun ini disambut secara sederhana tetapi meriah.
"Syawal juga adalah masa yang sesuai untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan taulan," katanya yang akan terlibat dengan penggambaran Super Tele untuk siaran Astro First.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: