PENYANYI terkenal era 70an, Datuk Dahlan Zainuddin, 75, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Sabtu selepas mengalami serangan angin ahmar pada Rabu lalu di Perlis.
Menurut anaknya, Athinia Imezs, 21, bapanya itu rebah ketika berada di Perlis bagi menghadiri undangan berbuka puasa bersama anak yatim dan dia dibawa bagi mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis pada hari Khamis.
“Ayah berada di Perlis untuk undangan berbuka puasa dan dia diserang angin ahmar kira-kira jam 5 pagi Rabu ketika ingin ke tandas. Dia kemudiannya dibawa ke hospital pada hari Khamis.
“Pada hari Jumaat, rakan-rakannya membawa ayah balik ke rumah terlebih dahulu sebelum membawanya ke HKL pada hari Sabtu,” katanya seperti dipetik oleh mStar Online.
Dalam pada itu, Athinia berkata, bapanya telah mengalami serangan angin ahmar yang mengakibatkan sebelah kiri anggota badan tidak boleh bergerak namun pemeriksaan lanjut masih dijalankan oleh doktor.
"Sebelah kiri badan tidak boleh bergerak tapi ayah boleh bercakap walaupun dalam keadaan lemah.
"Doktor masih lagi buat pemeriksaan untuk mengetahui tahap angin ahmar tersebut,"katanya.
Dahlan yang popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada September 2005.
Selain itu, beliau juga pernah dijangkiti kuman pada paru-paru sehingga dimasukkan ke hospital pada Mac 2015.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: