TEMPOH 16 tahun bukanlah jangka masa singkat malah sepanjang itu juga dirinya terpaksa meniti perit jerih kehidupan untuk mencipta nama sebagai seorang anak seni.
Perjalanannya tidak mudah apabila kemunculan awalnya tidak begitu mendapat tempat di kalangan peminat muzik tempatan.
Namun atas darah seni yang mengalir dalam tubuhnya, Datin Alyah kuat meneruskan impiannya bergelar seorang penyanyi yang dikenali.
Nyata usaha keras selama tujuh tahun berbaloi selepas nyanyiannya menerusi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang dan Ku Pinjamkan Satu Bintang mula meraih perhatian peminat sekaligus melonjakkan popularitinya.
“Alhamdulillah, saya gembira dengan apa yang sudah saya capai hari ini. Kerjaya nyanyian saya sudah berada di tahap yang saya inginkan.
“Tahun ini saya memang sibukkan diri dan ambil semua tawaran nyanyian kerana tahun hadapan saya merancang untuk memperlahankan kerjaya seni. Jadi saya mahu buat yang terbaik,” katanya kepada Zass baru-baru ini.
Sepanjang tempoh melakar kejayaan, pemilik nama sebenar Nor Hasliah Abu Hassan ini mengakui banyak perkara yang telah dikorbankan terutamanya masa untuk diri sendiri dan keluarga.
“Selepas 16 tahun, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya memperlahankan karier seni saya dan saya nekad membuat keputusan ini untuk memberi lebih perhatian kepada keluarga saya.
“Sudah terlalu lama saya abaikan keluarga sehinggakan bila ada kematian atau kenduri saya tidak dapat bersama mereka. Bayangkan, walaupun sudah berkahwin, sehingga ke hari ini masih ramai ahli keluarga suami yang masih belum saya kenal.
“Jadi, inilah masa untuk saya luangkan masa bersama mereka,” ujarnya.
Bagaimanapun, pada masa yang sama Alyah menafikan dia akan meninggalkan kerjayanya sebagai penyanyi.
“Kalau ikutkan, saya simpan hasrat ini sejak awal perkahwinan saya lagi, tapi keadaan ketika itu tidak mengizinkan kerana kerjaya saya semakin rancak.
“Tapi saya nekad tahun depan untuk lakukannya tapi itu tidak bermakna saya akan terus senyap.
“Mungkin kalau ada projek yang istimewa, saya akan pertimbangkan,” katanya yang baharu sahaja melancarkan single terbaharunya, Engkau Milikku.
Lebih matang
Berkongsi cerita mengenai kehidupannya kini, Alyah mengakui dugaan yang datang menyapa beberapa tahun lalu telah mengajarnya erti kehidupan realiti.
Enggan lagi menoleh ke belakang, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sesal Separuh Nyawa ini percaya apa yang berlaku ada terselit hikmah yang besar buat dirinya.
“Selepas apa yang berlaku, saya mula mengenali orang yang berada di sekeliling saya dan paling ketara saya lebih matang dalam menghadapi sesuatu yang berlaku.
“Sebenarnya saya seorang yang suka berkongsi dalam segala hal sebab saya rasa tidak ada apa yang perlu disorokkan tapi bila sudah berkahwin ia sudah berbeza dan saya harus lebih berhati-hati dalam soal itu,” katanya.
Beralih pada perkembangan terbaharunya, selain nyanyian Alyah kini sibuk menjalani perniagaan produk kecantikan jenamanya, LeRVE.
“Untuk bulan puasa ini, promosi single Engkau Milikku dihentikan sementara dan akan disambung semula selepas raya.
“Dan sekarang saya sibuk dengan perniagaan gincu di bawah jenama LeRVE dan saya sendiri tidak sangka permintaannya di luar jangkaan di mana selepas dua minggu dikeluarkan, hampir 10,000 habis terjual.
“Kita mulakan perniagaan ini menerusi atas talian (online) tapi untuk Ramadan kita banyak buka gerai jualan di seluruh negara dan saya sendiri banyak turun padang,” katanya yang turut mempromosikan produk itu ke Singapura dan Brunei.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: