PENYANYI dangdut popular, Mas Idayu serta pelakon dan pengarah tersohor, Ellie Suriaty diberi mandat sebagai tenaga pengajar bagi Akademi Fantasia 2016 (AF2016).
Dua selebriti popular ini diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai Guru Persembahan Vokal dan Guru Seni Persembahan.
Selain itu, AF2016 turut mengumpulkan bekas tenaga pengajar AF lain iaitu Linda Jasmine yang dilantik menjadi Guru Tarian & Koreografer dan Shahrolbahri sebagai Guru Vokal.
Bekas Pengetua AF2015, Edry Abdul Halim pula akan kembali selaku Pengarah Seni Muzik.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, kombinasi lima nama besar yang menampilkan gabungan wajah lama dan baru dipilih untuk menerajui AF2016.
"Tenaga pengajar ini boleh diumpamakan sebagai nadi dan tulang belakang utama yang bertanggungjawab untuk mendidik dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada pelajar," katanya dalam sidang media, kelmarin.
Bahkan, Raqim turut mengalu-alukan kedatangan semua barisan tenaga pengajar ini ke dalam keluarga AF untuk sama-sama berkongsi kepakaran sekali gus menyumbang kepada kejayaan musim ini.
"Kita rasa telah tiba masanya untuk memberi peluang kepada pelajar AF untuk mempelajari seni lakonan pentas dan nyanyian daripada sifu berpengalaman seperti Ellie Suriaty dan Mas Idayu.
Sesi uji bakat AF2016
Pada masa sama, Raqim memberitahu, lima tenaga pengajar ini turut dilantik sebagai juri tetap sewaktu sesi uji bakat yang bakal diadakan di The Boulevard - St Giles Premier Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur pada 15 hingga 17 Julai depan.
Jelasnya, uji bakat terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan Singapura berusia 18 hingga 35 tahun.
seperti musim lalu, sesi uji bakat AF2016 turut dijalankan secara atas talian (online) menerusi muat naik video nyanyian di laman sosial, Instagram dengan #BakatAF2016.
"Kita dapati pencarian peserta berbakat menerusi platform ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
"Bahkan, kita sudah menerima lebih 11,000 video penyertaan dan angka ini dijangka meningkat lagi," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: