ALOR SETAR - Tatkala berkunjung ke Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, di sini, murtabak istimewa Firdaus Murtabak Cheese menjadi rebutan penggemar makanan itu.
Pemiliknya, Mohd Firdaus Shahi Zabiat, 28, berkata, dia menghasilkan kira-kira 1,000 keping murtabak setiap hari demi memenuhi permintaan ramai.
“Alhamdulillah, semua murtabak dihasilkan di gerai kami dijual dengan harga berpatutan. Murtabak saiz jumbo pastinya habis licin setiap hari.
“Kemungkinannya, menu murtabak kami menarik perhatian pengunjung bazar disebabkan cara masakannya yang berlainan berbanding murtabak biasa,” katanya.
Firdaus berkata, mereka memasak murtabak berkenaan tiga kali, bermula dari proses memasak rempah, diikuti inti dan akhir sekali menebar roti.
Katanya, murtabak mereka lebih istimewa dari segi keenakan, kebersihan, inti tebal dan saiz besar hingga membuatkan pengunjung sanggup beratur panjang membelinya.
“Pelanggan sukar mendapat makanan kegemaran ramai pada harga berpatutan sekitar RM3.50 bagi murtabak ayam dan daging, manakala RM5 untuk murtabak keju," ujarnya.
Jelasnya, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM2,000 sehari memandangkan murtabaknya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: