KEPALA BATAS - Mendengar nama nasi Apollo mungkin ramai yang tidak mengetahuinya, namun hidangan ini cukup popular dalam kalangan penduduk, di sini setiap kali tibanya Ramadan.
Keunikan nasi Apollo bukan sahaja terletak pada namanya sahaja, namun ia unik dari segi cara pembuatannya juga.
Pengerusi Jawatankuasa Kariah Surau Al-Ariffi Kampung Setol, Pinang Tunggal, Datuk Md Zabidi Arifin berkata, nama nasi Apollo ini tercetus menerusi bentuk tong yang digunakan untuk memasak hidangan ini.
"Memasak menu ini lebih kepada kaedah kukus. Nasi disusun secara bertingkat-tingkat dan terdapat satu tong yang akan diletakkan menutup nasi itu untuk dikukus.
"Bentuk tong ini seakan-akan roket dan disebabkan itulah terhasilnya istilah nasi Apollo mengikut cerita orang-orang di sini," katanya.
Perlukan ketelitian
Md Zabidi berkata, kaedah memasak nasi Apollo memerlukan ketelitian dari segi penyediaan bahan-bahannya.
"Kami di sini akan memulakan kerja memasak sekitar jam 10 pagi lagi untuk memotong bawang dan bahan-bahan lain.
"Untuk sesi pertama, kami akan memasak gulai daging atau perencah daging terlebih dahulu," katanya.
Menurutnya, kuah dari gulai daging atau perencah tersebut akan dimasukkan ke dalam talam yang berisi beras.
"Ia sama dengan memasak nasi biasa, namun nasi Apollo di sini menggunakan gulai daging.
"Kemudiannya beras tersebut akan diayak dan kuah itu akan diratakan pada keseluruhan beras," katanya.
Kemudiannya katanya, talam yang berisi beras tadi akan dimasukkan ke besi bertingkat yang akan ditangkup dengan tong tersebut.
"Besi ini mempunyai 12 lapisan dan setiap lapisan akan diisi dengan talam.
“Kaedah memasukkan talam ini perlu dimasukkan dengan perlahan bagi mengelakkan kuah daging tertumpah,” katanya.
Kos mencecah ribuan ringgit
Menurutnya, kos untuk memasak nasi Apollo ini boleh mencecah sehingga ratusan dan ribuan ringgit.
“Ini termasuk daging yang digunakan di mana bahagian yang digunakan adalah jenis yang paling baik dan semestinya harganya agak tinggi.
“Manakala untuk beras pula, kami menggunakan beras Siam kerana rasanya lebih sedap,” katanya.
Difahamkan, kariah surau, di sini berhimpun dan bergotong-royong memasak nasi Apollo untuk juadah berbuka puasa dan diagihkan kepada 300 penduduk kawasan itu setiap Ahad sepanjang Ramadan.
Setiausahanya, Muhammad Yusuff Din berkata, ini merupakan satu kelainan yang ada di surau ini,
“Setiap Ahad akan ada nasi Apollo ini. Idea ini dicetuskan ahli jawatankuasa kariah dalam mengimarahkan kawasan surau dengan aktiviti bermanfaat sepanjang Ramadan.
“Pada Sabtu, kami akan menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: