TANAH MERAH - Setelah berjaya menyiapkan masjid, Pondok Tahfiz Padang Bongor, di sini, melancarkan kutipan derma bagi projek pembinaan bangunan tambahan pondok tahfiz itu sempena kedatangan Ramadan.
Pengerusinya, Muhammad Rusydi Abd Malek berkata, kos pembinaan bangunan tambahan tiga tingkat bagi menempatkan perpustakaan, pejabat dan rumah guru itu dianggarkan lebih RM1.7 juta.
Menurutnya, pihaknya memilih Ramadan untuk kutipan derma sumbangan projek itu bagi memberi peluang kepada penderma mendapat pahala berlipat kali ganda sempena bulan mulia itu.
“Bagi projek pembinaan masjid, kita berjaya siapkannya dengan kos kira-kira RM316,000, manakala projek pembinaan bangunan tambahan ini baharu tiga peratus siap setakat 5 Jun (kelmarin),” katanya, semalam.
Muhammad Rusydi memberitahu, antara bahan binaan yang diperlukan ialah kira-kira 3,000 kampit simen, 20 tan besi, 80 lori pasir, 50,000 bata tanah, 500 papan lapis dan 10 tan kayu.
“Untuk sumbangan simen, kita cadangkan penderma sumbangkan lima kampit dengan niat wakaf dan sedekahkan pahala sumbangan untuk diri sendiri, isteri atau suami, ibu, bapa dan guru al-Quran,” katanya.
Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke dalam akaun Pondok Tahfiz Kampung Padang Bongor di nombor akaun 0305-4010-0206-78 (Bank Islam) atau 5530-5600-7684 (Maybank).
“Jika ada sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi saya di 019-9244157 atau Timbalan Pengerusi Pondok Tahfiz Padang Bongor, Ir. Mohd Normarzuki Yaacob di talian 019-9196029,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: