GOOGLE sedia membangunkan teknologi kereta yang dipandu secara automatik.
Pengasas Google sendiri dilihat mempunyai minat terhadap idea kereta terbang dan kini dilaporkan telah membuat pelaburan pada dua syarikat yang berkaitan.
Larry Page dikatakan telah sedia melabur pada syarikat Zee.
Aero dan juga Kitty Hawk – di mana masing-masing membangunkan projek kereta yang boleh terbang.
Menurut Bloomberg, Zee.Aero telah memulakan ujian penerbangan untuk prototaip dan turut mengambil jurutera dari NASA, SpaceX dan juga Boeing untuk pembangunan.
Untuk makluman, idea kereta terbang ini telah diperlihatkan dalam beberapa filem sejak berdekad yang lepas – membuatkan ramai yang meminati teknologi untuk melihat ke arena berkenaan.
Mungkin tidak lama lagi kita akan melihat ia di pasaran.