TERDAPAT banyak gambar tertiris yang dikatakan adalah rekaan akhir Apple iPhone 7 dan 7 Pro yang berlegar di laman maya.
Ura-ura paling kuat didengari setakat ini ialah peranti terkini Apple ini tidak akan mempunyai bicu audio.
Fon kepala harus mempunyai kepala Lightning untuk menikmati audio. Pada waktu yang sama pembesar suara stereo turut disertakan. iPhone 7 Pro pula dilaporkan mempunyai sepasang kamera pada bahagian belakang.
Satu lensa untuk mengambil gambar pada jarak dekat dan sebuah lagi untuk jarak jauh.
Ini sama seperti sistem kamera berkembar yang dilihat pada LG G5. Nampak amat menarik dan kemas walaupun harus diakui tiada perubahan drastik berbanding keluarga 6S.
Adakah kedua-dua rekaan ini menarik minat anda untuk memilikinya?.