MATARAM - INDONESIA . Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud melanda luar pulau Lombok hari ini, menurut Geologi Amerika Syarikat namun tiada laporan kecederaan dan kerosakan dilaporkan.
Memetik Reuters, gempa bumi melada 234km selatan Lombok, pada kedalaman 29KM turut mengejutkan pelancong di pulau peranginan Bali di Indonesia.
Menurut Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, gempa bumi agak kuat dengan gegaran berlaku selama 3 ke 4 saat tetapi tidak mencetuskan amaran Tsunami.
Sementara itu, saksi berkata, gegaran berlaku beberapa ketika dan orang ramai berlari keluar dari kediaman masing-masing dalam keadaan panik.