VIDEO seorang lelaki yang tidak sengaja merosakkan kamera berharga AS$70,000 (RM284,462.50) di ekspo Cine Gear menjadi viral di laman sosial, kelmarin.
Menurut laporan PetaPixel, kejadian berlaku ketika lelaki berbangsa Israel tersebut cuba melakukan demonstrasi kekuatan dan kestabilan sebuah 'stabilizer' kamera.
Lelaki berkenaan kemudian melepaskan tangannya pada 'stabilizer arm' dan alatan tersebut patah, menyebabkan kamera ARRI Alexa XT jatuh terhempas ke tanah.
Kamera tersebut mampu mencecah sehingga AS$$100,000 (RM406,475.00), bergantung kepada keperluan seorang jurukamera.
Kejadian berkenaan menyebabkan pelayar laman sosial terutamanya jurukamera 'bengang' dengan tindakan lelaki tersebut melepaskan tangan ketika kejadian.
"Aduh, tak mampu saya tonton video ini lagi," kata Culver di laman Giphy.
"Kenapa anda perlu melepaskan tangan? Terlalu banyak tekanan ke atas stabilizer arm. Mestilah ia patah!" kata Merkel.
"Kasihan kamera itu. Habislah.." kata Alan.