BUKIT MERTAJAM - Seramai 33 wanita dari Pulau Pinang antara 606 tukang jahit yang diberi pengiktirafan daripada Guinness World Records (GWR) selepas terlibat dengan jahitan kuilting yang dibuat secara beramai-ramai dan serentak April lalu.
Kesemua mereka merupakan peserta yang mengikuti bengkel jahitan selama tiga bulan yang dikendalikan oleh Persatuan Seni Jahit Kreatif Malaysia (PSJKM) di Puchong Selangor.
Pengasas PSJKM, Fully Chye berkata, jahitan kuilting yang dibuat di atas beg tangan berjaya menimbulkan fabrik di atas kain batik yang dijadikan beg galas atau salah satu bahan kraf tangan.
Menurutnya, selain tukang jahit daripada Pulau Pinang, rekod berkenaan dicapai dengan kerjasama tukang jahit dari Jepun, Singapura, Indonesia dan Taiwan.
“Kejayaan ini membuktikan kaum wanita juga mampu mengharumkan nama negara.
“Malah ia membuktikan kerjasama dan perpaduan di negara ini masih utuh selain jalinan dengan negara lain yang akrab sehingga berjaya mencipta rekod ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sijil pengiktirafan kepada peserta yang terlibat.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang, Marhaini Abu Bakar.
Sementara itu, Marhaini berkata, pihaknya sentiasa memberi kerjasama kepada semua pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha melahirkan usahawan wanita dalam pelbagai bidang.
“Kita gembira kerana usaha sama ini melalui penyediaan peralatan dan peserta telah membuahkan hasil membanggakan hingga mampu mencatat sejarah.
“Lebih mengujakan peserta teramai terlibat memecah rekod itu adalah tukang jahit dari negeri ini,” katanya.
Beberapa peserta yang ditemui melahirkan rasa syukur atas pengiktirafan itu dan bangga dapat mengharumkan nama negara.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: