Tuesday, October 6, 2015

Taufan Mujigae badai China, empat maut



Taufan Mujigae
Penduduk tempatan membersihkan kawasan yang terjejas akibat Taufan Mujigae yang melanda Moaming, wilayah Guangdong.
SHANGHAI - CHINA . Empat orang terbunuh selepas Taufan Mujigae yang membawa angin sehingga 180 kilometer sejam melanda selatan China, lapor agensi tempatan Xinhua.

Seorang nelayan maut dan 16 lagi hilang selepas taufan melanda pantai Zhanjiang, Guangdong, pada petang Ahad manakala 117 nelayan telah diselamatkan menurut pihak berkuasa maritim tempatan, petik agensi berita Xinhua.

Sementara itu, jurucakap kerajaan tempatan berkata, tiga lagi maut apabila puting beliung melanda Foshan, berhampiran ibu kota wilayah Guangdong.

Taufan itu dijangka bergerak ke barat laut kira-kira 20 kilometer sejam dan tiba di Guangxi Zhuang lewat semalam, menurut Xinhua.

Lebih daripada 24,000 pekerja di Guangdong telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menangani sebarang gangguan bekalan elektrik yang disebabkan oleh taufan itu.

Lebih daripada 500 pelancong turut terkandas di pulau Fangji.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: