Wednesday, October 21, 2015

Tasik bertompok kaya mineral



 Spotted Lake
Spotted Lake
KAWASAN yang terletak berhampiran bandar Osoyoos di Kanada ini menjadi tarikan utama pelancong dari seluruh dunia.

Spotted Lake atau Tasik Bertompok ini mempunyai kepekatan pelbagai mineral yang sangat tinggi seperti magnesium sulfat, kalsium dan natrium sulfat selain perak serta titanium.

Air di dalam tasik itu menyejat sepanjang musim panas dan meninggalkan ‘tompokan’ besar mineral tersebut dalam pelbagai warna bergantung kepada komposisi bahan terbabit.

Ketika Perang Dunia Pertama, mineral dari tasik tersebut telah digunakan untuk pembuatan peluru di timur Kanada.

Pada asalnya, tasik tersebut dimiliki oleh keluarga Ernest Smith selama hampir 40 tahun.

Pada 1979, penduduk pribumi cuba untuk membeli tasik tersebut selepas Smith dikatakan mahu membuka spa di kawasan terbabit.

Pada akhir Oktober 2001, satu perjanjian akhirnya dicapai selepas mereka gagal untuk memujuk Smith supaya menjual kawasan itu selama lebih dua dekad.

Kawasan berkeluasan 22 hektar itu akhirnya dibeli dengan harga AS$720,000 (RM3 juta), lapor amusingplanet.


INFO:

- Ia digelar Kliluk oleh penduduk asal di Lembah Okanagan. Tasik tersebut dianggap sebagai tempat suci.

- Kualiti air terapeutik telah diketahui beribu tahun lalu yang mana penduduk pribumi menggunakan lumpur dan air tasik tersebut untuk menyembuhkan penyakit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: