Mila
BARU-baru ini juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima ini pernah berkongsi mengenai dirinya yang akan mengakhiri zaman solo dalam masa terdekat.
Meskipun masih belum menetapkan tarikh pada waktu itu, Mila Jirin bagaimana pun memberitahu, dia dan bakal suaminya, Ahmad Ailis Mustapha atau Isz sedang dalam proses membuat persiapan perkahwinan.
Memilih November 2015 sebagai bulan bahagianya, penyanyi berusia 27 tahun itu berkata, segala persiapan dan majlis perkahwinannya itu akan ditanggungnya sendiri.
"Sebenarnya saya lebih berpuas hati dapat guna wang hasil titik peluh sendiri untuk majlis ini.
"Lagi pun ia sekali seumur hidup dan saya memang memasang impian segala kerja keras saya selama ini dapat diabadikan pada majlis berkenaan.
"Apa pun, saya tidak berniat menyinggung perasaan sesiapa dan mengecewakan mereka yang ingin memberi tajaan kepada kami," katanya.
Tambah anak jati kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini, dia bagaimana pun tidak menolak sekiranya ada pihak ingin menghulurkan bantuan kepada mereka.
"Namun setiap pemberian tersebut akan diberi token sebagai tanda penghargaan. Kalau dapat harga yang istimewa pun, saya tidak kisah. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak," katanya.
Jelas pelantun lagu Persis Mutiara ini, dia juga tidak risau kerana majlis perkahwinannya akan diuruskan oleh syarikatnya sendiri, Bizmilla Catering.
Bercakap mengenai kariernya selepas bergelar isteri nanti, akui Mila, dia dan bakal suami tidak mempunyai halangan mengenai perkara tersebut.
“Insya-ALLAH, selepas berkahwin juga saya akan teruskan hobi saya dan kerjaya saya sebagai anak seni.
“Bakal suami saya tidak pernah menghalang, malah sering memberi galakkan. Cuma mungkin saya akan hadkan serta menyaring dahulu program-program yang ditawarkan," ujarnya.
Mila kini sedang popular menerusi lagu Bukan Isteri Sempurna yang merupakan runut bunyi bagi drama Bukan Isteri Sempurna di slot Samarinda TV3, selain fokus terhadap perniagaannya iaitu Bizmilla Catering, Baju Kurung Mila, Restoran Embun Urai dan Luvmila Corporation.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: