PENYANYI terkenal Mariah Carey dilaporkan menerima bayaran sebanyak USD$5 juta (RM20 juta) bagi mengadakan persembahan hanya untuk satu malam bersempena sambutan tahun baru 2016.
TMZ melaporkan Mariah bakal mengadakan persembahan istimewa itu di Copacabana, Brazil.
Menurut sumber bayaran diterima penyanyi itu dikategorikan sebagai luar biasa memandangkan karier seninya sudah tidak serancak seperti zaman kegemilangannya.

Mariah kini bergelar pengarah.
Selain persembahan malam tahun baru, ibu kepada dua cahaya mata itu bakal mengadakan konsert 'All I Want for Christmas is You' di Beacon Theatre, New York pada 8 hinnga 17 Disember depan.
Mariah dilaporkan turut menerima bayaran lumayan untuk konsert bersempena Hari Krismas itu.
Penyanyi lagu My All itu sedang sibuk di lokasi penggambaran telefilem berjudul A Christmas Melody yang memperlihatkan Mariah sebagai pengarah.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: