LG V10
LG perlihatkan peranti dengan skrin dan kamera hadapan berkembar LG V10. Peranti keluarga V ini mementingkan bahan binaan premium yang dipadankan dengan spesifikasi tinggi.
Skrin hadapan utama sebesar 5.7' dengan resolusi QHD. Skrin sekunder di bahagian atas lebih kecil dan akan sentiasa hidup apabila skrin utama dimatikan.
Ia boleh memaparkan notifikasi, maklumat terkini serta tahap bateri. Ianya mempunyai fungsi sama seperti peranti S6 Edge (Samsung). Kamera 5 Megapixel berkembar pada bahagian hadapan membolehkan gambar 3D diambil. Inilah peranti pertama
dengan kamera hadapan berkembar.
Spesifikasi lain V10 sama seperti G4. Bezanya skrin tidak melengkung dan bahan binaan aluminium serta silikon.
Pemproses masih lagi Snapdragon 808, RAM, RAM 4 GB dan muatan dalaman 64 GB. Bateri 3000 mAh yang digunakan boleh ditanggal jika perlu. Kamera utama 16 Megapixel f/1.8 mempunyai pemfokusan laser.
Fungsi menarik kamera utama peranti ini ialah kawalan manual ketika mengambil video. Pengguna boleh mengawal tahap ISO, kelajuan framerate dan mengambil video pada nisbah 21:9.
LG V10 mula dijual di Korea Selatan bulan ini sebelum terjual ke pasaran dunia. Lima pilihan warna diberikan oleh LG. Harga jualan masih belum diketahui buat masa ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: