Wednesday, October 21, 2015

Gara-Gara Gosip Cinta, IU Tolak Promosi Album Di TV




PENYANYI IU memilih untuk tidak mempromosikan album terbaharunya berjudul Chat-Shire menerusi media televisyen dan majlis-majlis hiburan.

Dia mahu fokus mempromosikan album tersebut bersama peminat-peminatnya tanpa sebarang liputan media bagi mendapatkan pengalaman berbeza.

"IU akan fokus mempromosikan album secara off-air untuk album baru ini. Dia mahu mencari pengalaman lebih baik dengan bertemu sendiri peminat-peminatnya.

"Dia juga tidak mahu terlalu terdedah di televisyen kerana promosi tersebut," ujar pihak pengurusannya.

Bagaimanapun, segelintir pihak membuat spekulasi bahawa keengganannya muncul di program-program muzik dan acara televisyen bagi mengelak gosip hubungannya dengan Jang Ki Ha.

Sementara itu, IU akan membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu baharunya di konsert solonya yang dijadualkan pada 21 November depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: