Dayana Roza.
BIARPUN sudah enam tahun berada di dalam industri seni, bakat yang dicungkil menerusi program Anak Wayang, Dayana Roza, mendedahkan belum puas dan tidak meletakkan dirinya pada zon selesa.
Menurut Dayana, dia bagaimanapun merasa bersyukur kerana bakat lakonannya semakin diakui ramai.
“Alhamdulillah, enam tahun selepas keluar dari Anak Wayang, sekarang kerjaya saya bertambah baik.
“Tapi saya belum berada dalam zon selesa. Malah, saya buang jauh perasaan berpuas hati dengan lakonan-lakonan saya setakat ini kerana takut apabila saya ada perasaan itu, saya akan jadi malas.

“Setiap kali dapat skrip, saya akan buat homework sendiri fahamkan betul-betul karakter saya.
“Walaupun ada ketikanya saya saya perlukan lebih masa untuk kaji sendiri watak saya tetapi itu semua membantu diri untuk memberikan lakonan yang terbaik setiap kali masuk set penggambaran.
“Selain itu, saya juga akan banyak bertanya dan mendapatkan tunjuk ajar daripada pengarah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Selepas meraih populariti menerusi drama Asam pedas untuk dia terbitan TV3, Dayana bakal muncul sebagai teraju utama menerusi drama terbaharu, Demi Allah Aku Pilih Dia yang akan ditayangkan di slot Samarinda TV3 tidak lama lagi.
Satu lagi drama berjudul Memori Cinta #3 akan ditayangkan Hyppe TV saluran 116 mulai 11 November depan.
Dalam pada bercerita tentang perkembangan kerjaya, Dayana lantas diusik dengan pertanyaan pihak media mengenai dakwaan dia kononnya kini sedang melalui fasa bahagia dalam hubungan percintaannya bersama seorang jejaka.
Diajak berkongsi mengenai kekasih barunya itu, Dayana lantas tersenyum malu-malu.
“Dia orang biasa tidak terlibat dengan industri hiburan. Disebabkan itu juga saya minta dia ‘private’ akaun Instagram miliknya agar tidak menjadi perhatian umum.
“Malah, saya minta dia tidak sewenang-wenangnya menerima pengikut daripada individu yang tidak dikenali di akaunnya.
“Kami pun baru saja kenal, masih di peringkat awal. Jadi, buat masa ni saya tak mahu kongsi lebih-lebih sebab takut tak jadi,” tuturnya .

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: