Sunday, October 18, 2015

'Anak pemalas' dirantai dan diarak



'Anak pemalas' dirantai dan diarak
Sedutan rakaman yang dirakam Xu Haijun
YONGKANG - CHINA. Seorang wanita dirakam mengarak anaknya yang diikat dengan rantai besi minggu lepas kerana didakwa malas di rumah.

Menurut Qianjiang Evening News, anak wanita tersebut yang berusia 17 tahun dirantai di kaki dan disambungkan ke satu ikatan di leher, menyebabkan dia jalan membongkok.

Apabila ditanya orang awam, wanita tersebut memberitahu anaknya tidak bekerja dan tidak mahu bekerja.

Menurut saksi, Xu Haijun mendakwa wanita tersebut 'berlagak seperti tentera' sambil berjalan di belakang anaknya.

Haijun merakam gelagat mereka sambil bertanyakan soalan.

"Kenapa ikat anak awak?" tanya Haijun.

"Dia melarikan diri beberapa hari lepas dan kami gagal menjumpainya," kata wanita tersebut yang gagal dikenal pasti.

Dalam rakaman berkenaan, remaja berkenaan dilihat ketakutan dan tidak bercakap, dipercayai trauma akibat perbuatan ibunya tersebut.

Selepas berhenti merakam, Haijun memberitahu beliau cuba melepaskan remaja tersebut namun kunci kepada mangga rantai berkenaan disimpan oleh suami wanita tersebut di rumah mereka.

Ketika dihubungi, pihak berkuasa Yongkang memberitahu mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: