- Kehadiran maskot Upin & Ipin bersama pemilik suara latar Upin & Ipin, Asyiela Putri Azhar (kanan) memeriahkan suasana majlis pelancaran.
Pengurus Jualan Runcitnya, Aisah Ali berkata, ini adalah kolaborasi pertama antara syarikat itu dengan pihak Les' Copaque.
"Seperti yang kita tahu, ikon Upin & Ipin ini adalah amat popular di kalangan generasi muda bukan kerana aksinya sahaja tapi disebabkan nilainya.
Sehubungan itu, kami ingin mengabadikan ikon ini dalam bentuk emas agar ianya sentiasa kekal sama seperti nilai emas dan dari situlah kerjasama ini bermula," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbarunya, di sini, semalam.
Katanya, kerjasama ini juga bertujuan untuk mendidik generasi muda supaya menghargai emas yang bukan sahaja boleh dijadikan sebagai perhiasan malah pelaburan untuk masa depan.
"Memandangkan nilai emas sentiasa kekal, kerjasama ini juga mampu beri pendedahan kepada generasi muda untuk menghargai emas kerana pelaburan ini amat menguntungkan untuk masa hadapan mereka," katanya.
Koleksi pertama Cherita Charms Emas 22K Upin & Ipin ini, terdiri daripada karakter Upin & Ipin sendiri, tulisan nama Upin & Ipin serta bentuk seketul paha ayam yang merupakan makanan kegemaran ikon tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: