PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanifah, 26, dan isterinya Naquia Yasirah Mohamad Khairi, 28, akan mengotakan janjinya untuk berbulan madu di Tanah Suci Mekah apabila bakal mengerjakan umrah pada awal Januari 2014.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, niat untuk ke Mekah sejak mendirikan rumah tangga pada September lalu tertangguh kerana sibuk dengan komitmen kerja.
"Alhamdulillah bulan pada 1 Januari hingga 15 Januari tahun depan saya akan menunaikan umrah bersama isteri sebagai menunaikan niat dan hajat saya selepas berkahwin untuk bulan madu di sana.
"Perancangan awal selepas berkahwin tetapi saya sibuk dengan kerja dan baru sekarang dapat kosongkan jadual iaitu sepanjang bulan Januari nanti," katanya kepada mStar Online, di sini, Khamis.
Dalam pada itu, Black berkata, kesempatan mengerjakan umrah nanti memberi ruang kepada mereka untuk berdoa kepada Allah agar dikurniakan cahaya mata agar kehidupan mereka bertambah lengkap.
Katanya, setelah beberapa bulan hidup sebagai pasangan suami-isteri, dia kini menantikan rezeki untuk ditambahkan ahli keluarga.
"Insya-Allah kesempatan menunaikan umrah ini saya ingin berdoa agar dikurniakan anak.
"Saya dan isteri memang teringin untuk dapat anak, lebih-lebih lagi apabila melihat kawan-kawan yang baru kahwin sudah diberi rezeki tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: