KUALA LUMPUR: Peserta Rizal Ahmad merangkul tempat pertama dalam pertandingan akhir Bintang Nostalgia 2013 yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini, Isnin.
Rizal, 39, yang berasal daripada Klang membawa sebuah lagu berjudul Rayuan Maut yang dipopularkan oleh Tiar Ramon dan lagu duet Sejiwa bersama penyanyi Azlina Aziz.
Pemenang membawa pulang wang tunai RM 13,000 berserta trofi dan sijil.
Rizal turut memenangi persembahan terbaik dan membawa pulang RM1,000.
Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Jamiah Lambet, 54, dengan membawa lagu Bintang Malam daripada Saloma dan Juwita Ku Sayang bersama Musli Ramli.
Jamiah membawa pulang wang tunai bernilai RM 9,000 berserta trofi dan sijil. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh peserta Hairina Abdul Halim, 50, dan membawa wang tunai RM7,000 bersama trofi dan sijil.
Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Dr Rothiah Omar.
Pertandingan akhir turut disertai oleh Asiah Dupah, Alias Arifin, dan Shamsiah Mohd Said.
Pertandingan Akhir Bintang Nostalgia merupakan anjuran Radio Klasik yang dianjurkan setiap dua tahun sekali dan terbuka kepada peserta berusia 35 tahun ke atas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: