- Izara Aisyah
Izara kini berusia 21 tahun.
Berkongsi cerita, Izara memberitahu kekasihnya mengenakan beberapa syarat kepadanya sebelum mereka berkahwin.
"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.
"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang kerja," ujarnya berkongsi cerita, dipetik sebuah portal hiburan.
Katanya lagi, teman lelakinya itu berhajat untuk mendirikan rumah tangga dengannya dalam tempoh tiga tahun lagi, namun dia merasakan ia masih terlalu awal.
"... tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.
"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan ALLAH, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: