Sunday, December 8, 2013

Rain akan ke Hollywood



PENYANYI dan pelakon Korea Selatan, Rain dilihat kembali aktif dalam kariernya dan dijangka sekali lagi berkunjung ke Hollywood tahun depan.
Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-hoon bakal membintangi filem aksi arahan Brian Miller bertajuk The Prince bersama barisan pelakon terkenal seperti Bruce Willis, John Cusack, Jason Patric dan bintang rap terkenal 50 Cent.
Bagaimanapun, watak yang bakal dibintangi Rain masih dalam perbincangan.
Filem The Prince mengisahkan seorang bekas ahli mafia yang pulang ke Las Vegas untuk berdepan musuh silamnya.
Filem itu sekali gus bakal menjadi filem ketiga lakonan Rain di Hollywood selepas filem Speed Racer pada 2008 dan Ninja Assassin pada 2009.
Penyanyi yang berumur 31 tahun itu juga dijangka membuat persembahan di Singapura bersama kumpulan, Nine Muses pada 31 Disember depan sempena sambutan tahun baharu.
Rain sebelum ini menyepikan diri setelah terbabit dalam program kerahan tenaga.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: