DUNGUN - Seorang remaja belasan tahun yang baru tamat sekolah menengah
berdepan detik hitam apabila terpaksa bermalam di lokap selepas ditahan
dalam Ops Cantas khas di Felda Kerteh Enam kerana disyaki terlibat
dengan penyalahgunaan dadah.
Ujian saringan air kencing juga mendapati anak peneroka itu positif methapethamine.
Selain remaja terbabit, seorang buruh ladang berusia 31 tahun turut ditahan dalam serbuan berasingan di sebuah rumah peneroka dekat Felda Kerteh Satu.
Pemeriksaan lanjut dalam poket seluarnya menemui satu botol plastik cerah berisi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, polis melancarkan operasi khas di kawasan tanah rancangan Felda berikutan menerima maklumat ramai anak peneroka terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Katanya, polis terpaksa memulakan operasi seawal jam 6.30 pagi untuk masuk ke kawasan sasaran bagi mengelak dihidu penagih dan hasilnya sembilan suspek berjaya ditahan dalam enam serbuan berasingan yang berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.
“Lelaki yang disyaki memiliki heroin itu ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 31 (A) (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala yang lainnya, positif methapethamine disiasat mengikut seksyen 15(1) akta yang sama," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: