Samsu Baharin Udin, 64, berkata, wang kertas itu diperolehnya beberapa hari lalu selepas mendapat baki duit ketika membeli barang di bandar.
“Sudah banyak kali saya mahu membuat pembayaran guna duit ini, namun mereka (peniaga) tidak mahu terima. Kata mereka, duit ini tidak laku.
“Duit ini tidak dicetak dengan sempurna. Gambar yang sepatutnya ada, tidak terdapat pada wang kertas ini. Malah nombor sirinya juga sudah pudar. Saya tidak tahu sama ada ia dicuci atau dicetak begitu. Tapi saya amat kecewa ia tidak dapat digunakan,” katanya.
Samsu Baharin berkata, meskipun hanya bernilai RM5, namun dia berpendapat hal itu wajar diketengahkan supaya pihak yang mengeluarkan wang tersebut lebih peka.
Dia juga tidak melihat wang kertas itu sebagai satu keunikan, namun jika ada pihak yang berminat, dia mungkin akan menyerahkannya,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: