Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan, pendekatan melalui pementasan teater ini merupakan salah satu cara untuk membendung gejala LGBT yang semakin menular terutamanya kepada golongan muda.
"Kita akan bawa pementasan ini di IPTA dan IPTS di beberapa negeri dan bandar-bandar besar di seluruh negara. Sebelum ini kita telah melakukan pelbagai cara seperti ceramah dan program motivasi untuk membanteras gejala ini dan teater merupakan salah satu inisiatif baru kita bagi menarik golongan muda menonton.
Pementasan itu dilakukan secara percuma selama dua hari bermula Jumaat (semalam).
Bagaimanapun, jelas Fuad beberapa aspek perlu diperbaiki terutamanya dari segi dialog dan pendekatan yang digunakan dalam teater tersebut.
Sementara itu, pengarah dan penulis skrip, Rahman Adam berkata pementasan di peringkat IPTA dan IPTS memerlukan komitmen yang agak tinggi kepada pelakon-pelakon teater tersebut.
"Kita perlu melatih beberapa pelakon lain bagi mengganti pelakon asal jika berlaku hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
"Kebanyakan pelakon mempunyai komitmen dengan projek lain mereka, jadi saya perlu menyediakan jalan kedua jika mereka tidak dapat mengikuti pementasan tersebut," katanya.
Berlatar belakangkan sebuah taman yang menjadi markas sekumpulan remaja yang mengamalkan aktiviti songsang dengan diketuai oleh individu tertentu.
Teater ini juga mengisahkan bagaimana pandangan masyarakat setempat dan kebimbangan ibu bapa kawasan tersebut terhadap gejala yang mempengaruhi anak-anak mereka.
Pementasan ini membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Julia Ziegler, Kamal Adli, Radhi Khalid, Razak Ahmad, Najwa P. Ramlee dan Abby Rossidi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: