Monday, January 21, 2013

Gaya lasak aura semasa


SEMUA pakaian Jeep musim ini sesuai disarungkan ketika melakukan aktiviti lasak.


MENGAMBIL konsep elemen alam sekitar, koleksi baharu Jeep Apparel menyeru penggemarnya untuk menghargai dan meraikan keindahan yang terdapat di sekeliling kita.
Koleksi itu hadir lengkap untuk seisi keluarga termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Ia dicipta khas buat mereka yang cintakan cabaran dan menikmati gaya hidup ibu kota. Selain itu, koleksi itu bersesuian untuk digayakan ketika bekerja dengan cuaca tropika di negara kita.
Penggemar boleh menjangkakan rona-rona seperti jingga, kuning, biru, hijau dan warna-warna asas. Ia dipecahkan kepada baju-baju T, baju polo, jaket, denim, seluar kargo, seluar chino dan skirt.
Koleksi baharu lelaki dicipta untuk menarik minat si jejaka yang selari dengan cita rasa terkini. Rekaan seluar kargo dan jean dipertingkatkan melalui fabrik, tona warna dan gaya yang lebih menarik. Kemeja kotak diberi nafas baharu dengan corak terkini dengan pilihan rona-rona khaki, kelabu dan perang. Baju polo dan leher bulat dicetuskan dengan pilihan rona terang seperti biru, hijau dan kuning.
Deretan baju untuk kaum Hawa dicipta sesuai untuk wanita moden dan berkeyakinan serta yang mahukan cabaran. Pada masa yang sama, cita rasa fesyen tidak dipinggirkan. Koleksi baju diberi kesegaran corak flora dengan warna terang dan dres rona gelap seperti biru, hijau, merah, kelabu, perang dan kuning cair.
Jeep Kids musim kali ini menampilkan cita rasa lasak untuk kanak-kanak aktif. Baju T dan kemaja kotak dengan warna natural diberi padanan seluar pendek kargo dan jean. Baju polo untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan hadir dengan corak jalur dan grafik berwarna ceria dengan perlambangan alam sekitar.
Koleksi kanak-kanak perempuan juga diberi penekanan melalui dres denim dan korduroi dan baju corak flora yang bersesuaian dengan tema, Love the Earth.
Label Jeep Apparel boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu antara RM69 hingga RM399 di beberapa pusat beli-belah utama seperti AEON Cheras Selatan, KL Festival City, AEON Tebrau City dan City Square.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: