
WILLIAMS memukul raketnya ke atas gelanggang selepas dia kalah pada pertandingan suku akhir Terbuka Australia di Melbourne kelmarin.
MELBOURNE, Australia - Pemain tenis terkenal dunia dari Amerika Syarikat (AS), Serena Williams memecahkan raket selepas dia kalah pada perlawanan suku akhir di sini kelmarin.
Williams, 31, melakukan perbuatan itu selepas dia tewas kepada pemain berusia 19 tahun, Sloane Stephens juga dari AS pada pertandingan Terbuka Australia.
Dia memukul raket tersebut ke atas gelanggang bagi menunjukkan perasaan kecewa ekoran kekalahannya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: