Rupert dan Liberty mengambil keputusan untuk bercerai selepas tidak dapat lagi menyelamatkan rumah tangga mereka. Menurut laporan Contact Music, Liberty mengambil keputusan untuk bercerai pada Jumaat lalu selepas suaminya itu ditangkap menjalinkan hubungan sulit dengan aktres Kristen Stewart beberapa bulan lalu.
Liberty yang juga seorang pelakon turut melantik barisan peguam bagi mewakilinya di mahkamah untuk menuntut hak penjagaan anak-anak mereka, nafkah dan sebagainya.
Rupert juga dilaporkan tidak berdiam diri apabila turut membuat tuntutan sama terhadap isterinya di mahkamah.
Paparazzi berjaya merakamkan aksi mesra Kristen dan Rupert yang telah menyebabkan kekecohan dalam dunia Hollywood. Seperti pasangan itu, hubungan Kristen dan kekasihnya iaitu Robert Pattinson juga mengalami masalah akibat kejadian itu dan dikhabarkan telah memutuskan hubungan mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: