Sunday, January 27, 2013

PERTAMA kali berkunjung ke Muzium Seni Helah atau Trick Art Museum yang terletak di bandar digital i-City, Shah Alam, penulis cuba mencari kelainan yang cuba ditonjolkan. Namun, apa yang ada hanyalah pameran lukisan catan pelbagai motif menghiasi hampir keseluruhan dinding dan lantai muzium setinggi dua tingkat itu. Begitupun, kehadiran sepasang remaja berhampiran penulis menampakkan mereka benar-benar teruja dan mula melakonkan pelbagai ekspresi wajah serta tubuh seakan-akan berinteraksi dengan lukisan tersebut. Selepas aksi mereka dirakam, ternyata hasil bidikan kamera sama sekali berbeza dengan apa yang dilihat dengan mata kasar. Apa tidaknya, daripada satu lukisan lantai biasa, namun dengan aplikasi teknik tiga dimensi (3D), lukisan itu kelihatan hidup dalam gambar. "Dalam foto ini, saya kelihatan seperti sedang berjalan di atas titi kayu yang kecil dan sempit untuk menyeberangi lubang hitam di dalam gua. "Hakikatnya, saya hanya berdiri di lantai yang dilukis dengan teknik 3D. "Begitu juga dengan imej sotong gurita ini. Dengan bayangan yang dilukis di sekitarnya, ia kelihatan benar-benar hidup," ujar seorang pengunjung, Ahmad Akmar Ibrahim, 23. Dia yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengetahui tentang kewujudan muzium ini selepas melihat gambar-gambar yang dimuat turun dalam blog milik rakannya. "Walaupun lukisan yang disediakan di sini tidak segah lukisan 3D jalanan yang popular di Barat, namun ia masih memberi peluang kepada rakyat di negara ini untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan lukisan. "Ia pastinya sesuatu yang menarik untuk dikongsi apatah lagi ia merupakan muzium yang pertama seumpamanya ditubuhkan di Malaysia. "Bayaran masuk yang dikenakan juga berpatutan," ujarnya yang merupakan penuntut di Fakulti Seni Lukis Seni Reka. Menawarkan lima motif lukisan iaitu lukisan termasyhur, pengembaraan Makam Mesir, alam haiwan, kehidupan marin dan lukisan adiwira klasik, muzium yang memiliki keluasan 743 meter persegi ini muncul sebagai muzium 3D pertama di negara ini. MONICA optimis Muzium Seni Helah yang baru diperkenalkan ini mampu menarik ramai pengunjung ke i-City. 100 posisi Mula dibuka pada kunjungan umum sejak 15 November tahun lalu, sambutan yang diterima daripada pengunjung sangat memberangsangkan. Dengan bayaran masuk RM5 seorang, pengunjung boleh meluangkan seberapa banyak masa yang dimahukan untuk berekspresi dengan lukisan-lukisan yang ada di situ. "Sebelum ini apabila menjelangnya cuti umum atau cuti sekolah, kami menerima sekitar 90,000 pengunjung seminggu. "Angka tersebut dijangka meningkat 30 peratus selepas pembukaan rasmi taman tema air baru-baru ini. "Daripada jumlah tersebut, dianggarkan lebih separuh daripada pengunjung mengambil kesempatan bertandang ke Muzium Seni Helah. "Lantaran kunjungan pengunjung yang tidak pernah surut, pihak muzium sudah beberapa kali menyelenggara semula lukisan terutamanya kemasan cat memandangkan ia bebas disentuh oleh pengunjung," ujar Pengarah i-Berhad, Monica Ong, 49. Selain berpeluang melihat pameran lukisan 3D yang pertama diadakan di negara ini, pengunjung juga boleh meneroka lebih 100 gaya dan posisi sebagai satu bentuk ekspresi terhadap lukisan tersebut. Tambah beliau, setiap lukisan dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknik lukisan bebas tangan oleh tiga kumpulan pelukis 3D profesional dari luar negara. "Kami mendapatkan khidmat pelukis 3D dari Iran, China dan Korea. AKSI kreatif pengunjung meniru gaya lukisan menjadikan karya ini nampak hidup. Pelukis tiga negara "Pelukis dari China misalnya, mereka akan terus melukis di dinding selepas melihat gambar yang diberikan tanpa perlu mengukur terlebih dulu. "Berlainan pula dengan pelukis Korea. Mereka akan membesarkan skala lukisan sehingga mendapat saiz yang dikehendaki sebelum diunjur pada dinding. "Walaupun teknik dan gaya melukis yang digunakan berbeza, saya cukup berpuas hati kerana hasilnya mampu memberikan impak 3D yang sama. "Malah, saya sendiri tidak dapat mencari perbezaannya," ujar beliau. Mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, sebelum itu Monica dan kumpulannya perlu melihat ratusan gambar 3D untuk dipilih agar sesuai dengan tema kekeluargaan yang mahu ditonjolkan. "Dari aspek lukisan, saya perlu memastikan ia kelihatan berbeza jika dilihat dari sudut berlainan memandangkan kesan seni helahnya kelihatan lebih menonjol di bawah lensa kamera. "Dari aspek nilai tambah yang cuba diterapkan di Muzium Seni Helah ini pula, kami mahukan pengunjung tidak melihat lukisan ini hanya sebagai lukisan, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk menjadi lebih bebas dan kreatif ketika berekspresi terhadap lukisan. "Biasanya pengunjung akan masuk ke muzium ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan. "Apa yang menarik, masing-masing akan cuba mencari gaya dan posisi berbeza. "Ini secara tidak langsung memberi ruang kepada pengunjung untuk bebas mencurahkan kreativiti mereka, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. "Ada juga yang bertindak sebagai pengarah fotografi. Melihat gelagat pengunjung muzium, ia memang menghiburkan," ujar Monica. DUA pengunjung Muzium Seni Helah di i-City Shah Alam tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan gaya masing-masing. Hanya di i-City Garapan idea dan inovasi Monica serta kumpulannya dalam memberi kelainan beriadah dengan menubuhkan muzium 3D memang layak dipuji. Muzium ini bukan sahaja berjaya menjadi tarikan utama di i-City, malah ia turut diberi pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records sebagai Muzium Seni Helah Pertama di Malaysia pada 22 November lalu. "Idea untuk menubuhkan Muzium Seni Helah timbul selepas kami melihat pameran lukisan 3D di Korea Selatan. "Selari dengan konsep Kota Digital i-City yang mahu tampil dengan tarikan unik, kami sentiasa mencari idea baharu yang dapat menawarkan tarikan riadah eksklusif kepada orang ramai yang mana ia hanya boleh didapati di sini," ujarnya. Enggan menyajikan lukisan yang sama kepada pengunjung, Monica bertekad untuk menukar dan menambah baik pameran sedia ada setiap sembilan bulan. "Bagi memastikan ia sentiasa berwajah baharu, kami akan menukar setiap lukisan secara berperingkat. Dengan cara ini, pengunjung yang datang buat kali kedua dalam masa setahun tidak akan melihat lukisan yang sama," katanya. Berpeluang meneliti setiap lukisan yang dipamerkan, teknik 3D ditonjolkan menerusi bayangan yang dilukis pada sudut tertentu. Selain itu, tona warna juga memainkan peranan penting untuk memberi kesan hidup pada lukisan. Aras bawah muzium ini menyajikan pengunjung dengan karya lukisan termasyhur seperti Monalisa dan Van Gogh. Terdapat juga lukisan pengembaraan Makam Mesir yang diadaptasi daripada zaman kegemilangan Firaun dan piramid. Turut memberi variasi, lukisan Adiwira Klasik turut ditempatkan di aras sama. Meninjau ke tingkat atas bangunan, konsep lukisan yang persembahkan terdiri daripada alam haiwan dan kehidupan marin. "Kami mengharapkan muzium ini bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu menonjolkan sisi kreatif pengunjung. "Walaupun apa yang ditampilkan di sini berbeza dengan karya 3D jalanan yang popular di Barat, ia masih menjanjikan pengalaman baru kepada pengunjung. "Kami akan berusaha untuk meningkatkan persembahan lukisan dari semasa ke semasa," azam Monica yang sentiasa mahu mencari pembaharuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke i-City.



PERTAMA kali berkunjung ke Muzium Seni Helah atau Trick Art Museum yang terletak di bandar digital i-City, Shah Alam, penulis cuba mencari kelainan yang cuba ditonjolkan.
Namun, apa yang ada hanyalah pameran lukisan catan pelbagai motif menghiasi hampir keseluruhan dinding dan lantai muzium setinggi dua tingkat itu.
Begitupun, kehadiran sepasang remaja berhampiran penulis menampakkan mereka benar-benar teruja dan mula melakonkan pelbagai ekspresi wajah serta tubuh seakan-akan berinteraksi dengan lukisan tersebut.
Selepas aksi mereka dirakam, ternyata hasil bidikan kamera sama sekali berbeza dengan apa yang dilihat dengan mata kasar.
Apa tidaknya, daripada satu lukisan lantai biasa, namun dengan aplikasi teknik tiga dimensi (3D), lukisan itu kelihatan hidup dalam gambar.
"Dalam foto ini, saya kelihatan seperti sedang berjalan di atas titi kayu yang kecil dan sempit untuk menyeberangi lubang hitam di dalam gua.
"Hakikatnya, saya hanya berdiri di lantai yang dilukis dengan teknik 3D.
"Begitu juga dengan imej sotong gurita ini. Dengan bayangan yang dilukis di sekitarnya, ia kelihatan benar-benar hidup," ujar seorang pengunjung, Ahmad Akmar Ibrahim, 23.
Dia yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengetahui tentang kewujudan muzium ini selepas melihat gambar-gambar yang dimuat turun dalam blog milik rakannya.
"Walaupun lukisan yang disediakan di sini tidak segah lukisan 3D jalanan yang popular di Barat, namun ia masih memberi peluang kepada rakyat di negara ini untuk merasai pengalaman berinteraksi dengan lukisan.
"Ia pastinya sesuatu yang menarik untuk dikongsi apatah lagi ia merupakan muzium yang pertama seumpamanya ditubuhkan di Malaysia.
"Bayaran masuk yang dikenakan juga berpatutan," ujarnya yang merupakan penuntut di Fakulti Seni Lukis Seni Reka.
Menawarkan lima motif lukisan iaitu lukisan termasyhur, pengembaraan Makam Mesir, alam haiwan, kehidupan marin dan lukisan adiwira klasik, muzium yang memiliki keluasan 743 meter persegi ini muncul sebagai muzium 3D pertama di negara ini.

MONICA optimis Muzium Seni Helah yang baru diperkenalkan ini mampu menarik ramai pengunjung ke i-City.


100 posisi
Mula dibuka pada kunjungan umum sejak 15 November tahun lalu, sambutan yang diterima daripada pengunjung sangat memberangsangkan.
Dengan bayaran masuk RM5 seorang, pengunjung boleh meluangkan seberapa banyak masa yang dimahukan untuk berekspresi dengan lukisan-lukisan yang ada di situ.
"Sebelum ini apabila menjelangnya cuti umum atau cuti sekolah, kami menerima sekitar 90,000 pengunjung seminggu.
"Angka tersebut dijangka meningkat 30 peratus selepas pembukaan rasmi taman tema air baru-baru ini.
"Daripada jumlah tersebut, dianggarkan lebih separuh daripada pengunjung mengambil kesempatan bertandang ke Muzium Seni Helah.
"Lantaran kunjungan pengunjung yang tidak pernah surut, pihak muzium sudah beberapa kali menyelenggara semula lukisan terutamanya kemasan cat memandangkan ia bebas disentuh oleh pengunjung," ujar Pengarah i-Berhad, Monica Ong, 49.
Selain berpeluang melihat pameran lukisan 3D yang pertama diadakan di negara ini, pengunjung juga boleh meneroka lebih 100 gaya dan posisi sebagai satu bentuk ekspresi terhadap lukisan tersebut.
Tambah beliau, setiap lukisan dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknik lukisan bebas tangan oleh tiga kumpulan pelukis 3D profesional dari luar negara.
"Kami mendapatkan khidmat pelukis 3D dari Iran, China dan Korea.

AKSI kreatif pengunjung meniru gaya lukisan menjadikan karya ini nampak hidup.


Pelukis tiga negara
"Pelukis dari China misalnya, mereka akan terus melukis di dinding selepas melihat gambar yang diberikan tanpa perlu mengukur terlebih dulu.
"Berlainan pula dengan pelukis Korea. Mereka akan membesarkan skala lukisan sehingga mendapat saiz yang dikehendaki sebelum diunjur pada dinding.
"Walaupun teknik dan gaya melukis yang digunakan berbeza, saya cukup berpuas hati kerana hasilnya mampu memberikan impak 3D yang sama.
"Malah, saya sendiri tidak dapat mencari perbezaannya," ujar beliau.
Mengambil masa dua bulan untuk disiapkan, sebelum itu Monica dan kumpulannya perlu melihat ratusan gambar 3D untuk dipilih agar sesuai dengan tema kekeluargaan yang mahu ditonjolkan.
"Dari aspek lukisan, saya perlu memastikan ia kelihatan berbeza jika dilihat dari sudut berlainan memandangkan kesan seni helahnya kelihatan lebih menonjol di bawah lensa kamera.
"Dari aspek nilai tambah yang cuba diterapkan di Muzium Seni Helah ini pula, kami mahukan pengunjung tidak melihat lukisan ini hanya sebagai lukisan, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk menjadi lebih bebas dan kreatif ketika berekspresi terhadap lukisan.
"Biasanya pengunjung akan masuk ke muzium ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan.
"Apa yang menarik, masing-masing akan cuba mencari gaya dan posisi berbeza.
"Ini secara tidak langsung memberi ruang kepada pengunjung untuk bebas mencurahkan kreativiti mereka, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
"Ada juga yang bertindak sebagai pengarah fotografi. Melihat gelagat pengunjung muzium, ia memang menghiburkan," ujar Monica.

DUA pengunjung Muzium Seni Helah di i-City Shah Alam tidak melepaskan peluang untuk mempamerkan gaya masing-masing.


Hanya di i-City
Garapan idea dan inovasi Monica serta kumpulannya dalam memberi kelainan beriadah dengan menubuhkan muzium 3D memang layak dipuji.
Muzium ini bukan sahaja berjaya menjadi tarikan utama di i-City, malah ia turut diberi pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records sebagai Muzium Seni Helah Pertama di Malaysia pada 22 November lalu.
"Idea untuk menubuhkan Muzium Seni Helah timbul selepas kami melihat pameran lukisan 3D di Korea Selatan.
"Selari dengan konsep Kota Digital i-City yang mahu tampil dengan tarikan unik, kami sentiasa mencari idea baharu yang dapat menawarkan tarikan riadah eksklusif kepada orang ramai yang mana ia hanya boleh didapati di sini," ujarnya.
Enggan menyajikan lukisan yang sama kepada pengunjung, Monica bertekad untuk menukar dan menambah baik pameran sedia ada setiap sembilan bulan.
"Bagi memastikan ia sentiasa berwajah baharu, kami akan menukar setiap lukisan secara berperingkat. Dengan cara ini, pengunjung yang datang buat kali kedua dalam masa setahun tidak akan melihat lukisan yang sama," katanya.
Berpeluang meneliti setiap lukisan yang dipamerkan, teknik 3D ditonjolkan menerusi bayangan yang dilukis pada sudut tertentu.
Selain itu, tona warna juga memainkan peranan penting untuk memberi kesan hidup pada lukisan.
Aras bawah muzium ini menyajikan pengunjung dengan karya lukisan termasyhur seperti Monalisa dan Van Gogh.
Terdapat juga lukisan pengembaraan Makam Mesir yang diadaptasi daripada zaman kegemilangan Firaun dan piramid.
Turut memberi variasi, lukisan Adiwira Klasik turut ditempatkan di aras sama.
Meninjau ke tingkat atas bangunan, konsep lukisan yang persembahkan terdiri daripada alam haiwan dan kehidupan marin.
"Kami mengharapkan muzium ini bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu menonjolkan sisi kreatif pengunjung.
"Walaupun apa yang ditampilkan di sini berbeza dengan karya 3D jalanan yang popular di Barat, ia masih menjanjikan pengalaman baru kepada pengunjung.
"Kami akan berusaha untuk meningkatkan persembahan lukisan dari semasa ke semasa," azam Monica yang sentiasa mahu mencari pembaharuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke i-City.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: