TIGA buah bangunan runtuh ekoran tanah jerlus yang berlaku di Guangzhou kelmarin.
GUANGZHOU, China - Tiga buah bangunan runtuh akibat tanah jerlus yang
berlaku dekat tapak pembinaan sebuah landasan kereta api di sini
kelmarin.
Menurut agensi berita
Xinhua, tanah tersebut membentuk lubang sedalam 10 meter.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan ekoran kejadian itu.
Bangunan tersebut menempatkan beberapa buah kedai.
Runtuhan itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus sekali gus
menjejaskan kehidupan penghuni yang mendiami 3,000 buah rumah di kawasan
berdekatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: