Monday, January 21, 2013

Spa kecantikan dan urutan


RAWATAN sendi antara keistimewaan yang terdapat di spa ini.


LEBIH daripada rawatan kecantikan, apa kata berkunjung ke pusat urutan bagi mengendurkan kembali urat-urat yang tegang akibat bebanan kerja seharian.
Usah membuang masa dengan terkejar-kejar berkunjung dua destinasi untuk memanjakan diri kerana anda dapat merasai kehebatan urutan tradisional dalam masa yang sama mendapatkan rawatan spa kecantikan di bawah premis yang sama.
Spa Mum's Heaven Beauty & Health milik Anis Syaza Ahmad, 26, menawarkan spa rawatan kecantikan yang turut dilengkapi khidmat urutan tradisional daripada ibunya, Rokiah Abdullah, 51, yang terletak di Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Konsep: Menampilkan konsep ringkas dengan penggunaan perabot yang minimalis menjadi ruang yang terhad kelihatan tidak terlalu sesak. Menurut Anis, ruang yang lebih selesa akan diubah suai sedikit masa lagi bagi menampung kelengkapan yang lebih banyak.
"Kami akan mengembangkan lagi operasi spa ini dengan mengambil pelatih daripada kolej-kolej komuniti," ujar Anis ketika ditemui baru-baru ini.
Menawarkan: Spa Mum's Heaven Beauty & Health memberi pilihan rawatan kecantikan asas sehinggalah dandanan dan solekan. Antara pakej yang ditawarkan adalah sauna, skrap badan, rawatan resdung wajah, spa kaki, rias kuku, mandian susu, mandian garam dan mandian bunga.
Keistimewaan: Berbeza dengan spa kecantikan yang lain, Mum's Heaven Beauty & Health menawarkan urutan tradisional daripada pakar terlatih.
Antara jenis rawatan yang ditawarkan adalah rawatan sendi, rawatan tulang patah, refleksologi, terapi keharmonian rumah tangga dan sport injuruy.
Menurut Rokiah, permintaan yang semakin ramai daripada pelanggan menyebabkan dia mengambil inisiatif menyediakan khidmat urutan dengan akses lokasi yang tetap dan mudah dikunjungi.
"Pelanggan hanya perlu membuat tempahan awal dan berkunjung ke spa Mum's Heaven Beauty & Health berbanding sebelum ini terpaksa menunggu lebih lama untuk urutan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: