Wednesday, January 30, 2013
The Dream Sisters sedia dikritik
BAYANGKAN program realiti TV yang membabitkan adik-beradik dan keluarga Kardashian yang terdiri daripada Kim, Khole, Kourtney dan Rob iaitu Keeping Up With Kardashian dan Kourtney and Kim Take New York dibikin dalam versi Malaysia.
Ia sebenarnya telah menjadi kenyataan di TV9. Dikenali sebagai The Dream Sisters, program baharu TV9 itu kisah realiti adik-beradik Chef Anis Nabilah Umaruddin.
Mula bersiaran pada 28 Januari pada pukul 10.30 malam, ia merupakan percubaan pertama TV9 dalam menghasilkan rancangan berbentuk drama realiti TV.
Chef Anis, 27, yang sebelum ini terkenal dengan telatahnya memasaknya akan bersama adik-beradiknya, Amira, 28, Aimi, 26, dan Aisya, 23, dalam program itu.
Program lapan episod itu akan menampilkan kisah kehidupan empat adik-beradik itu mencapai impian dan cita-cita mereka di samping memberi inspirasi kepada penonton nanti.
Kata Anis, sebelum disiarkan program itu, sudah ramai yang beranggapan The Dream Sisters seperti program keluarga Kardashian tetapi sebenarnya tanggapan itu salah.
“Berbanding Keeping Up With Kardashian yang lebih condong kepada hiburan, The Dream Sisters sebaliknya berkisar tentang soal karier kami berempat.
Ia juga memaparkan impian kami dalam merealisasikan cita-cita masing-masing,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program-program baharu TV9 di The Curve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Anis, program itu menampilkan kesukaran yang dihadapinya untuk membuka sebuah restoran. Kakaknya, Amira pula lebih kepada kelas kesihatan seperti yoga, Aimi bergelut dengan pekerjaan dalam bidang produksi serta perkahwinan dan Aisya terpaksa mencari tajaan melanjutkan pengajian di London.
“Kami hendak tunjukkan bahawa untuk mencapai kejayaan dihajati itu tidak mudah, walaupun orang di luar nampak kami macam urban tetapi itu tidak menjamin kesenangan.
“Walaupun kami tinggal di Subang Jaya, Selangor, keluarga kami ajar kami bersikap tidak putus asa dalam hidup dan berusaha untuk dapat duit poket sendiri, itu untuk memberi inspirasi kepada penonton nanti,” ujarnya.
Bersedia dikritik melalui program berkenaan, adik-beradik Anis yang lain sepakat untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan mereka melalui program itu nanti.
Selain The Dream Sisters, TV9 kini menampilkan beberapa program baharu lain dengan sasaran penonton muda yang berumur antara 15 tahun hingga 29 tahun pada tahun ini.
Bermula 28 Januari juga, program Fuzz Food yang dikendalikan oleh DJ terkenal Fuzz membawa penonton menikmati hidangan lazat di samping menjaga gaya hidup sihat pada pukul 11 malam.
Hot TV pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Rabu selama 15 minit bermula 11.30 malam.
Program berkenaan, akan menampilkan gelagat penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Leya, Suraya, Kieran, Ikhwan, Deen dan Chad melalui segmen Selebrti KO!, Hotscoop, Babak Hangit, Top 5 Am Krew, Oh, My Video! dan Di Bibir Fifi.
Selain itu, Hot TV Ekstra pula akan bersiaran setiap Jumaat pada pukul 7.30 malam hingga 8 malam.
Fly FM Stripped pula bersiaran pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 11.45 malam dan Teen Wolf bermula 29 Januari lalu disiarkan setiap Selasa, 10.30 malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: