Sunday, January 27, 2013

Marcell pernah lumpuh


MARCELL


SIAPA menyangka dengan bentuk tubuh badan yang tegap, rupanya Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan atau akrab disapa Marcell pernah lumpuh. Menurut penyanyi lagu Firasat itu, dia mengalami lumpuh akibat berlatih seni mempertahankan diri di luar kemampuan tubuhnya.
"Saya pernah membuat latihan mempertahankan diri Brazilian Jujitsu pada tahun 2008. Ada beberapa teknik yang menekan tulang belakang saya. Akhirnya saya cedera di bahagian tulang leher," jelas Marcell.
Kelumpuhan yang dialaminya memuncak pada Disember 2012 lalu. Marcell secara tiba-tiba berasa kebas di beberapa bahagian tubuhnya sehingga tidak dapat menggerakkan tubuhnya.
"Selang berapa waktu juga saya berasa penat. Ada banyak projek dan tekanan kerana kerja yang saya laksanakan. Tiba-tiba saya berasa kebas di beberapa tempat. Itu berlaku pada 11 Disember lalu. Saya berasa seperti dalam keadaan lumpuh," kata Marcell.
"Saya pakai kerusi roda. Sewaktu penggambaran televisyen, dalam acara siaran langsung saya pakai tongkat dan rasa mahu terjatuh. Kalaulah saya jatuh, leher saya boleh cedera. Saya boleh jadi lumpuh buat selama-lamanya," kata Marcell.
Setelah menjalani operasi rawatan intensif selama beberapa kali, kini Marcell kembali dapat berjalan dan melakukan aktiviti seharian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: