Saturday, February 4, 2012

Wanita panik rempuh bengkel motosikal


GAMBAR yang diambil dari rakaman kamera litar tertutup menunjukkan bagaimana sebuah kereta yang terbabas melanggar bengkel motosikal di Cheras, Kuala Lumpur minggu lalu.


KUALA LUMPUR - Jika seorang suami melanggar kereta isterinya kira-kira 40 kali menggunakan lori dua tan di Sungai Buloh dekat sini semalam lain pula cerita kes langgar premis motosikal di Cheras baru-baru ini.

Pada kejadian pukul 4.30 petang pada 30 Januari lalu, pemilik bengkel motosikal berkuasa tinggi di Bandar Seri Permaisuri mengalami kerugian kira-kira RM250,000 selepas premisnya dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira sebanyak enam kali oleh seorang wanita panik.

Mengimbau semula kejadian itu, pemilik kedai Moto Gear, Azka Sidi, (gambar kecil), 47, memberitahu, empat buah kereta orang awam dan empat buah motosikal berkuasa tinggi kepunyaannya dan pelanggan rosak teruk.

"Ketika kejadian, saya berada di pejabat di tingkat tiga sebelum terdengar bunyi dentuman kuat. Saya bergegas turun dan mendapati sebuah kereta berulang kali merempuh bengkel saya.

"Saya tiada masalah dengan wanita terbabit. Bagaimanapun, saya tetap akan menuntut saman ganti rugi terhadapnya kerana ia menjejaskan reputasi perniagaan saya," ceritanya.

Insiden kejadian itu dirakamkan oleh kamera litar tertutup di premisnya dan disiarkan di dalam laman YouTube sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, Azka belum menentukan jumlah saman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: