|
|
TIDAK ramai yang tahu apa itu Hukum Tigaan, tetapi jika disebut The Rules of Thirds, mungkin ramai yang mengangguk tanda faham. Hukum ini antara peraturan atau hukum asas bagi jurufoto.
Ia perlu diketahui secara asas bagi membolehkan peminat fotografi menghasilkan satu rakaman imej yang menarik dari segi komposisi dan sudut rakaman.
Hukum ini pertama kali ditulis oleh John Thomas Smith pada 1797 melalui buku Remarks on Rural Scenery yang mengambil kata-kata hasil kerja Sir Joshua Reynolds pada 1783.
Secara ringkas, Reynolds mengatakan dalam satu lukisan (imej dalam erti kata fotografi) perlu ada satu warna utama dan juga sekunder. Tidak boleh dalam satu lukisan ada dua warna seimbang dari segi sudut dan dimensi.
Melalui fotografi, kita boleh lakukan Hukum Tigaan dengan membahagi bingkai (frame) rakaman kepada tiga bahagian atas, bawah dan tepi.
Cuba letak subjek di mana-mana titik A, B, C, D (sila lihat gambar atas). Ia akan lebih menarik berbanding subjek yang diletak di tengah-tengah.
Apa pun, tidak semua rakaman perlu menggunakan Hukum Tigaan. Ia hanyalah sebagai panduan untuk mendapatkan rakaman yang lebih baik.
Namun untuk melanggar peraturan, anda perlulah tahu terlebih dahulu peraturan asas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: