Sunday, February 26, 2012

Tutup loji rawatan air akibat najis


LOJI rawatan air Sungai Semenyih yang terletak di Presint 19, Putrajaya terpaksa ditutup selama tiga jam awal pagi semalam akibat kenaikan paras ammonia.


PUTRAJAYA - Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih di sini yang membekalkan air kepada lebih 1.3 juta penduduk di selatan Lembah Klang terpaksa dihentikan sementara awal pagi semalam selepas penemuan kandungan ammonia yang tinggi dalam sumber air mentah di situ.

Tindakan menghentikan operasi loji itu yang terletak di Presint 19 di sini pada pukul 5.10 pagi terpaksa dilakukan kerana paras ammonia di Sungai Semenyih yang membekalkan air mentah ke loji tersebut melonjak naik daripada kadar normal 1.5 PPM (bahagian persejuta) kepada 7 PPM.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, walaupun loji di Putrajaya itu dibenarkan kembali beroperasi kira-kira tiga jam kemudian selepas paras ammonia menurun, pihaknya terpaksa mengambil tindakan susulan.

"Paras kolam imbangan masih belum stabil menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual mula berlaku di sekitar daerah Hulu Langat terutama di Seksyen 1 dan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi; Bandar Bukit Mahkota; dan Taman Dusun Jaya, Semenyih dan kawasan Sungai Merab di Sepang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: