MENYOKONG komitmen kerajaan menyediakan ekosistem teknologi dan inovasi negara ke peringkat terbaik, TM Ads Solution dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan juga Universiti Terbuka akan menganjurkan Ekspo Eilmu Keusahawanan dan Inovasi 2012 (ETIF 2012) selama tiga hari bermula pada 24 hingga 25 Februari ini.
Pengarah Urusannya, Ahmad Zahiruddin Ahmad Fauzi memberitahu, melalui ekspo tersebut, pihaknya menyediakan beberapa siri ceramah untuk memberi peluang kepada orang ramai mengetahui secara meluas tentang ilmu keusahawanan dan inovasi.
"Dengan adanya ekspo ini, ia diharap dapat mendidik dan menggalakkan masyarakat kita untuk menyertai bidang keusahawanan dan inovasi,'' ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bukan sekadar itu, ekspo itu juga turut menyediakan sumber-sumber pembangunan idea melalui portal Eilmu untuk dikongsi dengan orang ramai yang berminat dalam dunia keusahawanan dan inovasi.
Dalam masa yang sama, pengunjung juga turut berpeluang melihat sendiri hasil-hasil rekaan dan ciptaan yang kreatif dan inovasi yang telah mencapai kejayaan.
Malah lebih menarik, orang ramai berpeluang sendiri berjumpa dengan mereka berjaya memasarkan produk dan mendapat pembiayaan sepenuhnya.
Bagaimanapun tegas beliau, ETIF 2012 juga bermatlamat untuk memberikan pendedahan dan platform terkini bagi usahawan memperkenalkan produk dan perkhidmatan masing-masing.
Malah lebih menarik, ia juga bertujuan menarik golongan muda berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan inovasi.
Ahmad Zahiruddin berkata, sudah menjadi kebiasaan, ramai yang mempunyai idea-idea menarik untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan tetapi mereka tidak tahu jalan yang tepat untuk dituju.
"Jadi ekspo ini memberikan 'jalan' terbaik untuk golongan ini mencari jawapan dalam memasarkan barangan mereka.
"Ekspo ini memberi peluang kepada mereka bagaimana cara tepat untuk memasarkan produk dan perkhidmatan," katanya.
Lebih menarik, ETIF 2012 yang julung-julung kali diadakan itu turut menyediakan saluran-saluran pembiayaan yang ada di negara .
Bagi yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai dunia usahawan berasaskan ciptaan inovasi dan kreatif bolehlah mengunjungi Pusat Pameran Midvalley bermula jam 10 pagi hingga 10 malam atau melayari www.eilmu.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: