Panasonic Malaysia menawarkan empat jenis mentol paparan diod pemancar cahaya (LED) mesra pengguna daripada jenis standard, full distribution, jenis kaca jernih kepada halogen yang boleh menyimpan tenaga sehingga 80 peratus dan pada masa sama mampu memancarkan cahaya terang.
Mentol Panasonic LED ini, dilengkapi dengan teknologi tinggi dan boleh menyimpan tenaga dengan jangka hayat ultra sehingga 40 tahun atau 40,000 jam (pada kadar penggunaan 2.7 jam sehari) berbanding mentol biasa.
Pengarah Urusan Jeff Lee berkata, Malaysia adalah negara pertama Asia memasarkan mentol LED Panasonic.
“Inisiatif ini sejajar pengumuman terkini kerajaan bahawa semua pengeluar perlu menamatkan pengeluaran mentol elektrik pada tahun ini, sekali gus bertepatan dengan langkah mengeluar dan memasarkan mentol LED bagi pasaran tempatan,” katanya pada majlis pelancaran di Petaling Jaya.
Beliau berkata, semua kilang mentol telah menggantikan pengeluaran kepada mentol LED sebagai usaha mengurangkan pembebasan karbon dioksida melalui produk ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: