Monday, February 27, 2012

Imej rambut pendek




MEMILIKI rambut panjang memberi peluang kepada individu bereksperimen dengan pelbagai teknik ikatan dan stail dandanan tetapi rambut pendek pula sebaliknya. Namun itu bukan alasan buat wanita berambut pendek tidak boleh tampil menawan.

Situasi tersebut turut diakui oleh model profesional tempatan, Deanna Ibrahim, 28, yang popular dengan imej berambut pendek. Biarpun aktif dalam bidang peragaan dan komersial, model berkulit sawo matang itu selesa berambut pendek kerana baginya potongan rambut sedemikian menampakkan kelainan dan unik.

“Imej rambut ini, saya praktikkan sejak menuntut di sekolah menengah kerana penampilan kelihatan kemas dan muda (ketawa). Lagipun rambut pendek mudah untuk dijaga dan dicuci.

“Disebabkan sentiasa terdedah dengan persekitaran yang berhabuk dan penyembur rambut ketika menjalani sesi fotografi, sebelum tidur saya akan mencuci rambut menggunakan syampu dan menyapu perapi. Seminggu sekali pula saya melakukan rawatan topeng rambut,” tutur Deanna yang turut melakukan trim dua bulan sekali bagi mendapatkan rambut baharu tumbuh dengan sihat.

Tambah Deanna, rambut pendek juga dapat menjimatkan wang untuk membeli set penjagaan kerana setakat ini sebotol syampu miliknya mampu bertahan selama tiga bulan.

Selain itu, model yang memiliki tiga orang adik-beradik berkenaan turut menyarankan agar wanita kini usah segan silu berambut pendek memandangkan gaya tersebut sinonim dengan stail rambut lelaki.

“Apa yang penting, wanita perlu yakin dan bijak mencuba pelbagai cara mengayakannya,” terang Deanna kepada Stailo.

Justeru ruangan Riak Rias pada minggu ini berkongsi tips ringkas yang boleh dipraktikkan untuk merias rambut pendek.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: