PESHAWAR - Pihak berkuasa Pakistan kelmarin mula merobohkan bangunan yang menjadi tempat persembunyian bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden di bandar Abbottabad, di sini, kata polis dan beberapa saksi.
"Dua buah jentolak terlibat dalam kerja-kerja perobohan, ia dilakukan oleh pasukan keselamatan termasuk askar-askar," kata seorang pegawai polis.
"Saya dapat melihat debu keluar dari bangunan itu," tambahnya.
Kawasan persembunyian Osama selama beberapa tahun itu dikawal pasukan keselamatan sejak dia mati ditembak oleh pasukan komando SEAL Amerika Syarikat pada 2 Mei tahun lalu dalam serbuan ke kediamannya di bandar Abbottabad.
Menurut pegawai polis itu, pihaknya dikerah untuk mengawal kawasan di luar bangunan tersebut manakala anggota tentera berada di pekarangan kompleks berkenaan.
Sementara itu, beberapa saksi berkata, anggota-anggota tentera menghalang laluan ke kawasan kediaman itu.
Menurut mereka, jentera berat dilihat memasuki kawasan bangunan tersebut manakala wartawan-wartawan dilarang daripada merakamkan gambar atau mendekati lokasi berkenaan.
sepatutnya bangunan itu dikekalkan untuk kegunaan awam, seperti sekolah atau lain-lain, tetapi akibat terlalu mengikut telunjuk amerika, afghanistan sanggup berbuat apa sahaja untuk kepentingan hubungan negera itu dengan amerika
ReplyDelete