Monday, February 27, 2012

Mugabe bidas gay pada hari jadi ke-88


ROBERT MUGABE menghembuskan api lilin di atas kek berbentuk buaya pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-88 di bandar Mutare kelmarin.


MUTARE, Zimbabwe - Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-88 kelmarin.

Pada majlis ulang tahun kelahirannya itu yang diadakan di sini, dia membidas golongan gay dan warga asing.

Beliau memberitahu Perdana Menteri Britain, David Cameron: "Ke neraka bersamamu."

Kenyataan itu dibuat berhubung kenyataan Cameron yang meminta hak golongan gay dihormati.

Mugabe juga menuduh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cuba untuk menjadikan negaranya tidak stabil.

"NGO datang dengan idea yang bodoh, sebahagiannya untuk menjadikan kita tidak stabil.

"Mereka selalu menyokong satu parti. Kami menyatakan kepada mereka supaya jauhi negara kita.

"Biarlah kita menyelesaikan masalah politik kami," kata Mugabe.

Beliau membidas Cameron yang membuat kenyataan pada Sidang Kemuncak Komanwel pada tahun lalu bahawa negara-negara yang menerima bantuan Britain perlu menghormati hak gay.

"Semula jadi merupakan semula jadi. Ia telah mewujudkan lelaki dan wanita.

"Itulah kenapa kita dilahirkan. Justeru kami menolaknya (gay) dan menyatakan pergi neraka bersama kamu," kata Mugabe.

Beliau juga menggesa para pengundi untuk menolak hak-hak gay dalam satu perlembagaan baharu yang ketika ini sedang dirangka.

"Tolonglah, pemuda dan wanita. Kamu tidak mempunyai kebebasan untuk lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita mendirikan rumah tangga dengan wanita. Itu merupakan kebebasan Tuhan. Itu (Tuhan) yang mencipta kamu dan saya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: