SHAH ALAM - Kami mahu hitam putih! Itu permintaan pemilik Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, Petaling Jaya yang menjadi mangsa kepada kesilapan teknikal Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di sini baru-baru ini.
Wakilnya, Yahaya Ngah Sham (gambar), 65, berkata, permohonan maaf LPHS itu diterima namun pihaknya mahu kerajaan negeri mengeluarkan satu surat mengatakan mereka telah habis membuat pembayaran.
"Kami mahu surat hitam putih mengatakan pembeli sudah membuat pembayaran kerana jika senarai nama sahaja dikeluarkan ia tiada bukti untuk kami simpan... bukan apa takut perkara seperti ini berlaku lagi," katanya kepada Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, Yahaya juga mahu LPHS mengadakan pertemuan dengan penduduk kerana selain membincangkan isu surat pengesahan, masih ada masalah lain berkaitan yang masih belum diselesaikan termasuk nama pembeli rumah yang masih belum tersenarai walaupun sudah tidak mempunyai hutang.
"Ada penduduk sudah beli rumah daripada pemilik asal tetapi namanya tidak tersenarai walaupun sudah lama telah melangsaikan ansuran rumah masing-masing," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: