Saturday, February 4, 2012

Usaha Jakim disokong


SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang menghadiri perasmian Kempen 1M1H di Dataran Kompleks MAIM, Melaka malam tadi.


MELAKA – Kerajaan negeri Melaka mengambil berat kepentingan halal dan sentiasa menyokong sepenuhnya usaha yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan berhubung pensijilan halal.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar kecil) berkata, usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selaku badan yang bertanggungjawab dalam pengeluaran sijil pengesahan halal di peringkat persekutuan amat dihargai.

Menurutnya, Kempen 1Malaysia 1Halal (1M1H) yang berlangsung di negeri ini selama empat hari mulai semalam dapat mempromosi pensijilan halal dan menjadi platform bagi pengusaha memperkenalkan produk halal mereka kepada pengguna.

“Sebagai langkah pertama bagi menyokong usaha tersebut, kerajaan negeri telah menerima penyelarasan pensijilan halal dengan Jakim dan melaksanakan sistem E-Halal mulai 13 Mei tahun lalu dan permohonan sijil pengesahan halal telah diproses secara online.

“Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa mulai 1 Januari tahun ini, tiada lagi permohonan sijil pengesahan halal secara manual dan tidak ada lagi pengeluaran sijil pengesahan halal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: