GINCU berwarna merah menyala merupakan gaya solekan yang klasik, elegan serta versatil.
Tidak kisah apa warna rambut mahupun warna kulit anda, gincu rona merah sesuai dengan semua dan si pemakai akan tampak berani dan seksi.
Gaya gincu berwarna merah menyala boleh dikatakan tidak dimakan zaman, daripada pelakon jelita yang seksi, Marilyn Monroe, hinggalah Christina Aguilera dan Gwen Stefani, mereka semua tampak sungguh menawan dengan gaya itu.
Namun, masih ramai yang takut menggayakannya kerana risau tidak sesuai dengan paras rupa.
Cuba lakukan pembaharuan. Apa kata esok anda melangkah keluar dari rumah dan mempesonakan rakan sepejabat mahupun sekuliah dengan gincu berwarna merah menyala. Berikut petua menyerlah dengan gincu merah.
1 Gosok bibir anda dengan berus gigi dan sapu pelembab bibir bagi memastikan ia lembut serta kelihatan sihat.
2 Oles lapisan nipis
bedak asas supaya warna gincu akan tahan lebih lama.
3 Gariskan bibir
dengan penggaris bibir yang hampir dengan warna bibir anda.
4 Oleskan gincu merah yang
bersesuaian dengan warna kulit anda.
5 Kedap bibir anda
dengan tisu.
6 Oles nipis sekali lagi gincu
merah tadi.
7 Calitkan pengilat bibir lutsinar atau
warna yang serupa pada tengah bibir bawah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: