LEBIH sejuta pelancong melawat Bali setiap tahun untuk menikmati suasana pantai yang cantik, kehidupan malam yang indah dan budaya Hindu yang unik di pulau tersebut. Biarpun Indonesia kaya dengan khazanah yang terdapat pada kesemua pulau yang dimilikinya itu, namun kawasan peranginan Bali yang terletak di antara Pulau Jawa dan Lombok itu lebih dikenali ramai berbanding dengan pulau yang lain.
Pulau Bali merupakan sebahagian Kepulauan Sunda Kecil yang mempunyai keluasan sepanjang 153 kilometer dengan lebar 112 kilometer.
Beriklim tropika sebagaimana kawasan-kawasan Indonesia yang lain, menjadikan destinasi ini sebagai antara lokasi kegemaran khasnya untuk berbulan madu.
Ibu kota Bali adalah kota Denpasar, manakala kota Ubud merupakan pusat kesenian utama. Selain dua kota tersebut, Kuta, Sanur, Seminyak, Jimbaran dan Nusa Dua juga menarik untuk diterokai bersama keluarga tersayang.
Sejak penubuhan Republik Indonesia, Bali telah menjadi sebahagian daripada negara tersebut dan sehingga kini ia didiami lebih kurang empat juta penduduk.
Sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terdapat di negara Garuda itu, Bali turut dikenali dengan kebudayaannya, landskap serta seni unik seperti tarian dan arca.
Jika anda merancang melawat Bali dalam masa terdekat ini, S3 mencadangkan anda meluangkan masa melawat ke lokasi-lokasi berikut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: