|
|
BENARKAH harga sesuatu barang melambangkan prestij si pemakai? Atau ia menjanjikan kepuasan kualiti berbanding barang yang sama tetapi lebih murah?
Lambakan tudung sedia pakai di pasaran misalnya, membuatkan wanita keliru untuk memilih yang bersesuaian dengan gaya sendiri.
Gaya tudung sedia pakai yang mempunyai 'awning' keras masih digemari dan bertahan sehingga ke hari ini.
Sama ada bercorak atau polos, semuanya mempunyai tarikan tersendiri.
Lebih menarik, tudung menjadi pilihan untuk gaya fesyen yang digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira usia. Bahkan, gaya bertudung menjadi pilihan golongan korporat ke majlis-majlis makan malam.
Jenama yang disebut-sebut sebagai mahal di pasaran antaranya Ariani.
Eksklusif
Mengakui saingan terhadap pasaran tudung dengan jenama lain yang lebih murah, Ariani masih mengekalkan harga lebih tinggi berbanding jenama lain di pasaran. Namun pelanggan yang mementingkan rekaan eksklusif dan kualiti ternyata setia dengan Ariani . Jenama itu dilihat lebih trendy kerana rekaannya yang moden, eksklusif dan bersesuaian dengan busana muslim.
Dalam pada itu, Ariani menawarkan lebih 200 rekaan dan koleksi tudung eksklusif hasil tangan pereka dalamannya yang menggunakan fabrik berkualiti diimport dari Itali, Perancis, Jerman dan Turki.
Setiap rekaan tudung mempunyai 100 warna dan dihadkan kepada 100 helai sahaja tiap-tiap satu.
Antara jenama eksklusif Ariani adalah Valentino, Aker, Armine, Akel, Bona Sera, Isadora, Ungaro, Pierre Cardin, Tiara Exclusive dan Tiara Diamond.
Kesemua rekaan eksklusif itu tidak terdapat di butik lain dan kehalusan jahitan, ketahanan, kualiti serta rekaannya ternyata sangat berbeza.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: