Wednesday, February 15, 2012

Transformasi peserta DPI


Para peserta bergambar bersama Amran Awaluddin (duduk kanan) pada hari akhir kursus Diploma Pengurusan Islam, di Kem Biro Tata Negara, Kuarters KLIA Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


PARA peserta Kursus Diploma Pengurusan Islam (DPI) Siri II terus mengorak langkah menyertai Program Transformasi (Birokrat) selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Januari 2012.

Para peserta menjalani slot kenegaraan khas yang diadakan di Kem Biro Tata Negara, Kuarters KLIA Nilai, Negeri Sembilan dengan kerjasama sepenuhnya oleh Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Aktiviti yang dirangka bersama Unit Diploma Pengurusan Islam (UDPI), Pusat Pengurusan dan Undang-undang Islam (PPUI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) lebih menjurus kepada penyampaian ilmu secara ilmiah di dalam keadaan santai dan mesra.

Sedikit kelainannya, Program Transformasi ini tidak melibatkan aktiviti outdoor seperti mana kelaziman yang dijalankan oleh pihak BTN.

Para peserta diberi pendedahan melalui tiga slot ceramah, sesi perbincangan dan percambahan idea dalam kumpulan kecil. Pada hari terakhir pula, para peserta dibawa keluar menikmati aktiviti kembara pendek di kawasan sekitar sebelum majlis penutupan.

Majlis penutupan aktiviti disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengurusan dan Undang-undang Islam, ILIM iaitu Amran Awaluddin yang mewakili Pengarah ILIM, Pauzaiyah Haron.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: